Gema Semua Maklumat

Ops Selamat: Kadar kemalangan maut meningkat di ibu negara

Ops Selamat: Kadar kemalangan maut meningkat di ibu negara

KUALA LUMPUR, 11 Syawal 1438H, Rabu – Ops Selamat terbaru tahun ini menyaksikan peningkatan kadar kemalangan maut dan kemalangan di ibu negara, kata Timbalan Ketua Polis Bandar, Datuk Mazlan Lazim Said.

Beliau berkata, tujuh kematian dilaporkan sepanjang tempoh perayaan baru-baru ini berbanding enam tahun lalu.

“Mangsa membabitkan tiga penunggang motosikal, tiga penjalan kaki dan satu penumpang kereta,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Polis bandar merekodkan 2,536 kemalangan yang kebanyakannya berlaku di Jalan Kepong, Jalan Cheras dan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Polis sebelum ini mengenal pasti tiga kawasan berkenaan sebagai ‘titik panas’.

Mazlan berkata, terdapat 252 lagi kemalangan berbanding tahun lepas berkemungkinan disebabkan daripada peningkatan trafik di bandar itu.

Katanya lagi, 22,239 saman dikeluarkan di Kuala Lumpur sepanjang tempoh operasi yang berakhir pada 2 Julai lalu.

The post Ops Selamat: Kadar kemalangan maut meningkat di ibu negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ops Selamat: Kadar kemalangan maut meningkat di ibu negara
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ops Selamat: Kadar kemalangan maut meningkat di ibu negara"

Back To Top