Gema Semua Maklumat

Serpihan di Seychelles bukan milik MH370

Serpihan di Seychelles bukan milik MH370

PUTRAJAYA, 20 Syawal 1438H, Jumaat – Serpihan yang disyaki milik pesawat Malaysia Airlines MH370 yang ditemui di Seychelles beberapa hari lalu bukan milik pesawat berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman melalui pengesahan Pasukan Penyiasat MH370 selepas menjalankan penilaian ke atas foto serpihan itu.

“Kami menghubungi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Seychelles (SCAAA) untuk mendapatkan maklumat terperinci. Pihak SCAAA kemudian berkongsi maklumat dan foto serpihan itu.

“Pasukan Penyiasat MH370 menjalankan penilaian ke atas foto serpihan dan mengesahkan bahawa serpihan itu bukan dari Boeing 777 atau enjin Rolls Royce (yang dimiliki MH370),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hari ini, agensi berita melaporkan pihak berkuasa Seychelles memaklumkan penemuan dua serpihan disyaki milik MH370 yang hilang pada 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal.

SCAA berkata, serpihan itu ditemui terdampar di Farqhar oleh saintis yang menjalankan penyelidikan mengenai burung dan penyu.

The post Serpihan di Seychelles bukan milik MH370 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Serpihan di Seychelles bukan milik MH370
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Serpihan di Seychelles bukan milik MH370"

Back To Top