Gema Semua Maklumat

Mangsa kena lapor jika ditipu peniaga atas talian

Mangsa kena lapor jika ditipu peniaga atas talian

Gambar hiasan

 

BANGI, 20 Syawal 1438H, Jumaat – Individu yang menjadi mangsa penipuan urus niaga dalam talian diminta segera membuat laporan polis bagi memudahkan proses siasatan laman jual beli yang menipu pengguna.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, pihaknya hanya akan bertindak apabila sesuatu kes dirujuk secara bertulis.

Jadi, mangsa diingatkan untuk tidak malu melaporkan penipuan yang berlaku terhadap mereka.

“Segera laporkan sebarang penipuan terus kepada polis agar ia memudahkan usaha polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk sebarang (perkara) teknikal ke atas laman-laman yang menipu ini.

“Untuk isu begini, kita akan bekerjasama dengan polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk kesalahan di atas akta yang berkaitan penipuan dalam talian,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, kini terdapat dua laman telah disekat di bawah permintaan polis.

“Pastikan untuk membeli apa jenis produk, alat, kenderaan sebagainya dalam talian…penjual telah berdaftar terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana ia akan memudahkan polis, KPDNKK untuk melakukan siasatan jika berlakunya sebarang kes penipuan,” katanya.

The post Mangsa kena lapor jika ditipu peniaga atas talian appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mangsa kena lapor jika ditipu peniaga atas talian
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mangsa kena lapor jika ditipu peniaga atas talian"

Back To Top