BEIRUT, 9 Syawal 1438H, Isnin – Buat pertama kalinya, Syria memperkenalkan wang kertas dengan wajah pemimpin diktator negara itu, Bashar al-Assad.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bank pusat negara bergolak itu, wang kertas bernilai 2,000 Lira Syria (AS$3.9) telah berada dalam edaran bermula Ahad.
Ia adalah kali pertama wajah Bashar dipaparkan di mata wang negara sejak dia berkuasa dan memerintah negara itu 17 tahun lalu.
Sebelum ini, wang kertas negara berkenaan hanya menggunakan gambar bapa Bashar iaitu Hafez Assad.
Gabenor Bank Pusat Syria, Duraid Durgham berkata, wang kertas itu akan mula diedarkan di Damsyik dan beberapa wilayah negara itu.- Agensi
The post Syria perkenal wang kertas baharu papar wajah Bashar Assad appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Syria perkenal wang kertas baharu papar wajah Bashar Assad
0 Komentar untuk "Syria perkenal wang kertas baharu papar wajah Bashar Assad"