Gema Semua Maklumat

14 maut serangan Daesh di kem pelarian Iraq

14 maut serangan Daesh di kem pelarian Iraq

BAGHDAD, 9 Syawal 1438H, Isnin – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh selepas militan Daesh dipercayai meletupkan diri di kem pelarian di wilayah Anbar, Iraq.

Menurut pegawai Penasihat Keamanan, insiden berkenaan berlaku di pintu masuk kem yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Ramadi, pada Ahad.

Malah, memetik laporan rangkaian televisyen al-Sumaria Arab Saudi, seorang pegawai polis antara yang maut, dan kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita serta kanak-kanak.

Kejadian letupan itu turut menyebabkan kecederaan sekurang-kurangnya 13 yang lain, juga wanita dan kanak-kanak.

Serangan itu berlaku serentak pada hari yang sama pasukan keselamatan Iraq mengumumkan bahawa mereka sedia merai pembebasan keseluruhan Mosul daripada militan pengganas sejak Jun 2014.

Pembebasan keseluruhan Mosul yang terletak 400 kilometer dari Baghdad menandakan berakhirnya kuasa Daesh di Iraq.- Agensi

The post 14 maut serangan Daesh di kem pelarian Iraq appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 14 maut serangan Daesh di kem pelarian Iraq
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "14 maut serangan Daesh di kem pelarian Iraq"

Back To Top