BANGI, 26 Syawal 1438H, Khamis – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng ekoran kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Ishak Ismail, Selasa lalu.
SPR dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu berikutan tempoh mandat DUN Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) telah melebihi tempoh tiga tahun.
Malah, tiada pemberitahuan oleh Speaker Dewan DUN, Datuk Dr Awaludin Said mengenai keperluan mengisi kekosongan kerusi luar jangka itu.
“Berdasarkan surat pemakluman (kekosongan kerusi DUN Lenggeng) yang diterima, Speaker DUN Negeri Sembilan tidak menyatakan keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu,” kata kenyataan itu.
Ishak dilaporkan meninggal dunia jam 11.25 tengah hari pada 18 Julai lalu di Hospital Tengku Ampuan Najihah, Kuala Pilah akibat serangan jantung.
ADUN Barisan Nasional itu dilaporkan pengsan ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh ADUN Seri Menanti, Datuk Abdul Samad Ibrahim sebelum dikejarkan ke hospital.
The post Tiada PRK di Lenggeng: SPR appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tiada PRK di Lenggeng: SPR
0 Komentar untuk "Tiada PRK di Lenggeng: SPR"