Gema Semua Maklumat

Zahid kaki pembohong, kata Tun M

Zahid kaki pembohong, kata Tun M

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – ‘Pembohong’ adalah perkataan yang sesuai dilabelkan pada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak benar berkenaan asal-usul Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir yang berasa terkejut terhadap kenyataan itu berkata, tidak pernah ada sesiapa lagi yang menyentuh perkara ini serta memberikan maklumat mengenai asal-usulnya secara berbeza daripada yang telah diketahui umum.

“Ini adalah satu kenyataan yang baik untuk kita tunjukkan bahawa betapa Zahid ini ‘kaki pembohong.

“Kaki pembohong kerana dia tak boleh tunjuk kad identiti itu.

“Saya masih ingat kad yang pertama saya terima, saya masih dalam universiti pada masa itu. Tapi kalau dia boleh tunjuk, saya nak tengoklah.

“Jangan sembunyi, jangan buat macam Apandi. Apandi dia kata 1MDB tiada apa-apa tapi masuk Akta Rahsia. Zahid pun nak rahsia juga ya?,” kata Mahathir dalam satu video yang dimuatnaik ke laman sosial Facebook, dua jam yang lalu.

Semalam, Zahid mendakwa beliau dimaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahawa nama asal Mahathir ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty.”

Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Membidas secara bersahaja dakwaan itu, Mahathir berkata, Zahid sengaja menggunakan cara itu kerana tidak mendapat simpati daripadanya.

“Zahid mesti ingat, masa jadi Timbalan Perdana Menteri, dia datang jumpa saya, minta simpati saya, sokongan saya.

“Saya kata benda benar kepada Zahid, kalau pun Najib letak jawatan yang mana tak mungkin, Zahid kena tunggu UMNO putuskan siapa yang naik ganti Najib. Bukan ketua yang kata Zahif boleh ganti.

“Jadi bila nak simpati saya, dia datanglah. Ini dah tak boleh dapat, dia cari jalan, jalan yang bohong macam ini.

“Saya malu orang macam ini boleh ada dalam Kabinet Malaysia,” kata Mahathir.

The post Zahid kaki pembohong, kata Tun M appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Zahid kaki pembohong, kata Tun M
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Zahid kaki pembohong, kata Tun M"

Back To Top