Gema Semua Maklumat

Qatar hantar aduan rasmi pada WTO

Qatar hantar aduan rasmi pada WTO

DOHA, 8 Zulkaedah 1438H, Selasa – Qatar telah membuat aduan rasmi pada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berhubung boikot perdagangan yang dikenakan oleh Arab Saudi, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terhadap negara semenanjung itu.

Wakil WTO Qatar, Ali Alwaleed al-Thani berkata, pihaknya juga meminta perundingan bagi membincangkan dan menjelaskan kewajaran langkah-langkah tersebut terhadap Doha dan mencari cara untuk menjadikannya sesuai dengan komitmen mereka.

Negara-negara yang melancarkan sekatan ke atas Qatar itu sebelum ini memberitahu WTO bahawa mereka akan merujuk keselamatan negara untuk mewajarkan tindakan mereka terhadap Qatar.

Doha dalam aduan yang dihantarnya menyebut percubaan paksaan pengasingan ekonomi daripada semua negara terlibat.

Ia meliputi semua sekatan perdagangan yang, termasuk larangan perdagangan melalui pelabuhan Qatar, dan perjalanan oleh warga Qatar, penyekatan perkhidmatan digital Qatari dan laman web, penutupan sempadan maritim dan larangan penerbangan yang dikendalikan oleh pesawat Qatari.

Namun, aduan itu tidak termasuk Mesir, negara keempat di kalangan negara yang memboikot.

Ini kerana meskipun Mesir memotong hubungan diplomatik dengan Doha, namun Kaherah tidak mengusir rakyat Qatar atau meminta warga Mesir meninggalkan negara itu. – Agensi

The post Qatar hantar aduan rasmi pada WTO appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Qatar hantar aduan rasmi pada WTO
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Qatar hantar aduan rasmi pada WTO"

Back To Top