Gema Semua Maklumat

10 jabatan di Kelantan berisiko tinggi terlibat rasuah: SPRM

10 jabatan di Kelantan berisiko tinggi terlibat rasuah: SPRM

KOTA BHARU, 10 Zulkaedah 1438H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyenaraikan 10 jabatan di Kelantan yang berisiko tinggi terlibat dengan kegiatan rasuah.

Pengarah SPRM negeri itu, Datuk Moh Shamsuddin Yusof berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada ketua jabatan berkenaan supaya melakukan sesuatu bagi mencegah rasuah.

Katanya, jabatan berkenaan adalah dari agensi kerajaan dan Persekutuan.

“Saya akan mengumumkan 10 nama jabatan itu pada ulang tahun SPRM Oktober nanti. Saya telah memaklumkan perkara ini kepada ketua jabatan masing-masing.

“Saya harap dengan senarai yang dikeluarkan nanti dapat memberi pengajaran dan memberi amaran kepada jabatan-jabatan bahawa SPRM tidak akan berkompromi terhadap pihak terlibat rasuah,” katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun Moh berkata, setakat ini kes rasuah di negeri itu masih terkawal.

The post 10 jabatan di Kelantan berisiko tinggi terlibat rasuah: SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 10 jabatan di Kelantan berisiko tinggi terlibat rasuah: SPRM
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "10 jabatan di Kelantan berisiko tinggi terlibat rasuah: SPRM"

Back To Top