Gema Semua Maklumat

Cadangan NGO Cina mahu TPM bukan Islam nampak kelakar, tapi kurang ajar

Cadangan NGO Cina mahu TPM bukan Islam nampak kelakar, tapi kurang ajar

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 10 Zulkaedah 1438H, Khamis – Cadangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina, yang mahu kerajaan melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu atau Islam nampak agak kelakar, tetapi sangat kurang ajar.

Demikian ujar Ketua Biro Latihan Kepimpinan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad menyelar kenyataan Presiden Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM), Chew Sir Boon hari ini.

“Cadangan YMM ini kelihatan kelakar, tetapi bernada kurang ajar, tidak sensitif dan berniat jahat untuk mengganggu gugat kepimpinan Melayu Islam di negara umat Islam yang berdaulat ini.

“Saya tertanya-tanya adakah mereka sengaja menimbulkan provokasi menjelang PRU-14,” soalnya ketika dihubungi Ismaweb.

Sir Boon didakwa berkata, cadangan Timbalan Predana Menteri dari kalangan bukan Melayu atau Islam adalah bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politik bukan Melayu di negara ini.

Bidas Lukman, alasan bagi mengukuhkan kedudukan politik bukan Melayu di negara ini langsung tidak masuk akal.

“Sebenarnya ruang dan peluang yang diberikan secara percuma oleh pemimpin Melayu sekarang kepada bukan Melayu di negara ini telah berlebihan. Lihat bagaimana pimpinan MCA tetap diberikan muka untuk memegang jawatan dalam kabinet walaupun kalah teruk dalam PRU-13.

“Lihat juga berapa banyak kawasan parlimen majoriti Melayu yang diberikan kepada ahli parlimen bukan Melayu atas dasar tolak ansur dan kerjasama antara kaum oleh pimpinan Melayu negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru segenap lapisan rakyat pelbagai bangsa dan agama menghormati sejarah dan identiti negara ini.

“Masyarakat Cina dan India perlu menguasai dan menyemai kecintaan terhadap bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, bukan melantik pemimpin tempatan yang fasih bahasa Cina untuk berinteraksi dengan masyarakat Cina di Malaysia,” katanya.

NGO Cina syor lantik TPM bukan Melayu, Islam

The post Cadangan NGO Cina mahu TPM bukan Islam nampak kelakar, tapi kurang ajar appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Cadangan NGO Cina mahu TPM bukan Islam nampak kelakar, tapi kurang ajar
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Cadangan NGO Cina mahu TPM bukan Islam nampak kelakar, tapi kurang ajar"

Back To Top