Gema Semua Maklumat

10 kelasi hilang kapal pemusnah AS berlanggar

10 kelasi hilang kapal pemusnah AS berlanggar

WASHINGTON, 28 Zulkaedah 1438H, Isnin – Sekurang-kurangnya 10 kelasi dilaporkan hilang selepas kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) berlanggar dengan sebuah kapal dagang di timur Selat Melaka dan Singapura, hari ini.

Tentera Laut AS dalam satu kenyataan berkata, USS John S McCain mengalami kerosakan di bahagian belakang kapal selepas berlanggar dengan kapal dagang berdaftar Liberia ketika melakukan lawatan pelabuhan rutin di perairan timur Singapura.

Kejadian itu menyebabkan lima anak kapal cedera, di mana empat daripadanya telah dipindahkan untuk menerima rawatan.

Tentera Laut AS berkata, kapal dan pesawat dari negara itu termasuk bantuan daripada Indonesia, Singapura dan Malaysia kini giat menjalankan operasi menyelamat 10 kelasi yang hilang.

Ia kejadian kedua membabitkan kapal tempur Tentera Laut AS di perairan Asia dalam masa dua bulan.- Agensi

The post 10 kelasi hilang kapal pemusnah AS berlanggar appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 10 kelasi hilang kapal pemusnah AS berlanggar
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "10 kelasi hilang kapal pemusnah AS berlanggar"

Back To Top