Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 28 Zulkaedah 1438H, Isnin – ‘Ada udang di sebalik batu’, perumpamaan yang paling tepat apabila penasihat parti rasis dan cauvinis DAP, Lim Kit Siang mendakwa dirinya tidak anti-Melayu dan Islam.
Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Daerah Hulu Langat, Ustaz Ibrahim Hassan al-Hafiz berkata, selepas menyedari hakikat bahawa orang Melayu Islam mempunyai kuasa penentu pada pilihan raya akan datang, Kit Siang dilihat terdesak membuat kenyataan itu.
“Saya kira dia seperti terpaksa membuat kenyataan untuk menagih undi orang Melayu. Namun malangnya kenyataan tersebut hanyalah paradox semata-mata.
“Bahkan kenyataan Kit Siang itu sebenarnya menguatkan lagi bukti bahawa beliau bersifat cauvinis, anti Islam dan Melayu.
“Sekaligus membuktikan Kit Siang menghina Islam kerana meletakkan ia sebagai agenda kedua dan merendahkan usaha untuk memartabatkan sosio ekonomi Melayu,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Kit Siang yang mendakwa tidak pernah anti-Melayu atau anti-Islam.
Semalam Kit Siang berkata, tidak masuk akal untuk menjadi anti-Melayu atau anti-Islam jika seseorang mahu menjadi rakyat Malaysia. Dalam masa sama, Kit Siang meminta rakyat malaysia meletakkan agama di tempat kedua, negara yang pertama.
Bidas Ustaz Ibrahim, kenyataan Kit Siang seolah mahu memisahkan Islam daripada Negara sedangkan Islam itu sendiri hakikatnya adalah kenegaraan.
Katanya, Kit Siang jelas lagi terang menghina Islam dan menganggapnya sebagai perkara kedua setelah urusan negara walhal Islam adalah tertinggi dan tidak memisahkan daripada kehidupan seseorang Muslim.
“Dia juga cuba meletakkan sosio ekonomi sebagai perkara kedua bagi mengelakkan isu-isu seperti hak istimewa Melayu dibangkitkan. Hakikatnya hari ini, orang Melayu masih ketinggalan dari sudut ekonomi walaupun pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
“Ketidakseimbangan sosio ekonomi bumiputera boleh dilihat daripada penguasaan ekuiti pada kadar 24 peratus berbanding komposisi bumiputera 65 peratus.
“Oleh itu, dapat difahami bahawa LKS hanya ingin terus melaksanakan agenda DAP yang sekian lama dendam terhadap Islam dan Melayu melalui tindakan-tindakan sebelum ini,” katanya.
The post Kit Siang terdesak cakap tak anti-Islam, Melayu sebab tagih undi appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kit Siang terdesak cakap tak anti-Islam, Melayu sebab tagih undi
0 Komentar untuk "Kit Siang terdesak cakap tak anti-Islam, Melayu sebab tagih undi"