Gema Semua Maklumat

Hotel di Azaziyah, Makkah terbakar

Hotel di Azaziyah, Makkah terbakar

MAKKAH, 28 Zulkaedah 1438H, Isnin – Sebuah hotel yang menempatkan jemaah haji di Makkah terpaksa dikosongkan selepas satu kebakaran berlaku di bangunan itu.

Jurucakap kementerian pertahanan awam, Nayef al-Sharif berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian di sebuah hotel di daerah Azaziyah.

Beliau berkata, kebakaran di tingkat lapan hotel berkenaan dikatakan berpunca daripada kerosakan unit penghawa dingin.

Bagaimanapun, seramai 600 penghuni hotel terbabit yang kebanyakannya dari Turki dan Yaman telah dipindahkan ketika kejadian dan kembali ke penginapan masing-masing.- Agensi

The post Hotel di Azaziyah, Makkah terbakar appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Hotel di Azaziyah, Makkah terbakar
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Hotel di Azaziyah, Makkah terbakar"

Back To Top