MELAKA, 12 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Kira-kira 14,000 anggota serta pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan diwajibkan untuk menduduki Ujian Kaedah Penilaian Integriti atau Integriti Assesment Tools (IAT).
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, ianya bagi mengukur tahap integriti serta ketelusan setiap warganya mengikut skop kerja yang dilaksanakan.
Beliau menjelaskan, ujian berkenaan telah dilaksanakan buat kali pertamanya ke atas 116 pembantu penguasa yang baharu menamatkan kursus asas baru-baru ini selain 56 pegawai kastam gred WK48 dan akan diperluaskan kepada semua warga jabatan secara berperingkat-peringkat.
Menurutnya, ujian IAT itu dilihat penting untuk dilaksanakan kerana ia mampu memberi impak besar terhadap penempatan kerja, kenaikan pangkat dan kebolehan diri kesemua anggota serta pegawai.
“Keputusan ujian ini akan digunakan bagi tujuan penempatan kerana kadang kala terdapat pegawai yang mempunyai rasa kasihan terhadap seseorang walaupun orang itu melanggar peraturan. Jadi, pegawai seperti ini kurang wajar sekiranya ditempatkan di bahagian penguatkuasaan.
“Oleh yang demikian, ujian ini dijangka banyak membantu pihak jabatan dari segi penempatan selain memantapkan integriti anggota serta pegawai,” katanya dalam sidang akhbar selepas menutup Kursus Asas Pembantu Penguat Kuasa Kastam Gred WK19 Tahun 2017 di Akademi JKDM Bukit Baru, di sini.
The post 14,000 anggota Kastam diwajibkan jalani ujian integriti appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 14,000 anggota Kastam diwajibkan jalani ujian integriti
0 Komentar untuk "14,000 anggota Kastam diwajibkan jalani ujian integriti"