Gema Semua Maklumat

SKMM tahan enam individu tular kontena babi tidak diperiksa

SKMM tahan enam individu tular kontena babi tidak diperiksa

KAJANG, 12 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Enam individu ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana membuat tular dakwaan 74 kontena berisi daging khinzir tidak diperiksa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menerusi laman sosial, baru-baru ini.

Kesemua individu terbabit termasuk empat wanita ditahan oleh SKMM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam beberapa serbuan berasingan bermula pukul 11 hingga 6 petang di Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM, Datuk Mohd. Shafie Harun berkata, empat wanita dan dua lelaki itu masing-masing ditahan di Pendang, Kedah; Kuala Pilah, Negeri Sembilan serta di Puchong, Seri Kembangan, Kapar dan Hulu Langat, Selangor.

“Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 45 tahun itu ditahan kerana dipercayai menularkan maklumat palsu berkenaan hingga mencetuskan kebimbangan khususnya umat Islam di negara ini.

“Dalam operasi ini kita merampas telefon bimbit, kad sim, komputer riba dan kad memori yang digunakan bagi tujuan menyebarkan maklumat palsu itu di Facebook. Mereka kemudian di¬serahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

The post SKMM tahan enam individu tular kontena babi tidak diperiksa appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SKMM tahan enam individu tular kontena babi tidak diperiksa
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SKMM tahan enam individu tular kontena babi tidak diperiksa"

Back To Top