Gema Semua Maklumat

253,000 orang awam kembali ke Mosul: Menteri Iraq

253,000 orang awam kembali ke Mosul: Menteri Iraq

MOSUL, 10 Zulkaedah 1438H, Khamis – Lebih 250,000 rakyat Iraq telah kembali ke kediaman mereka di Mosul selepas tentera kerajaan mengambil semula bandar itu daripada pengganas Daesh, bulan lepas.

Menteri Pemindahan dan Migrasi Iraq, Jassim Mohammed al-Jaaf berkata, kementeriannya sedang berusaha untuk membawa pulang keluarga pelarian ke kediaman mereka secepat mungkin.

10 Julai lalu, Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi secara rasmi mengisytiharkan kemenangan negara itu daripada pengganas Daesh di Mosul.

Dianggarkan seramai 862,000 penduduk telah berpindah dari Mosul ekoran pertempuran dan operasi pembebasan bandar itu.- Agensi

The post 253,000 orang awam kembali ke Mosul: Menteri Iraq appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 253,000 orang awam kembali ke Mosul: Menteri Iraq
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "253,000 orang awam kembali ke Mosul: Menteri Iraq"

Back To Top