KAHERAH, 18 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 28 terbunuh, manakala lebih 55 lagi cedera apabila dua kereta api penumpang bertembung di Alexandria, kata pihak berkuasa dan perubatan Mesir, hari ini.
Kejadian berlaku ketika sebuah kereta api berlepas dari Pelabuhan Said, manakala sebuah lagi dari Kaherah, bertembung tidak jauh dari stesen Khorshid, menyebabkan beberapa gerabak terkeluar dari landasan, lapor agensi berita Mesir, MENA.
Akhbar Al-Ahram pula melaporkan 28 mayat tiba di sebuah hospital di Alexandria.
Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Mesir berkata, setakat ini 20 disahkan terbunuh, manakala 84 lagi cedera. – Agensi
The post 28 maut, lebih 55 cedera dua kereta api berlanggar di Mesir appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 28 maut, lebih 55 cedera dua kereta api berlanggar di Mesir
0 Komentar untuk "28 maut, lebih 55 cedera dua kereta api berlanggar di Mesir"