Gema Semua Maklumat

Pengerusi baharu Mara diumum bulan depan

Pengerusi baharu Mara diumum bulan depan

PASIR PUTEH, 17 Zulkaedah 1438H, Khamis – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah menyenaraikan empat calon bagi mengisi kekosongan jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Senarai calon itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak untuk diteliti sebelum diumumkan pada 1 September depan.

Menteri KKLW, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, senarai calon itu adalah untuk memudahkan Perdana Menteri membuat pilihan.

Bagaimanapun, beliau berkata , pihaknya tidak boleh mendedahkan identiti calon yang bakal menggantikan Tan Sri Annuar Musa.

“Seorang daripada tiga (atau), empat calon ini bakal meneruskan kesinambungan memartabatkan bangsa Melayu berikutan Mara adalah sebuah institusi Melayu yang agak besar di negara ini.

“Setakat ini, Mara berjaya melahirkan kira-kira 1.2 juta pelajar Melayu yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing dan itu satu petanda agak baik kepada negara.

“Justeru, calon yang bakal dipilih itu perlu bekerja lebih keras, berdedikasi dan memiliki semangat juang tinggi mempertahankan Mara,” katanya.

Calon baharu itu adalah bagi menggantikan Annuar dilantik yang sebagai Pengerusi Mara pada 19 Julai 2013 dan perkhidmatannya disambung pada 12 Ogos 2015 sebelum digantung Januari lalu berikutan dakwaan isu penajaan bola sepak Kelantan.

Kontrak Annuar tamat hari ini dan surat pertimbangan supaya pelantikan semula tidak disambung sudah dihantar kepada Perdana Menteri, 2 Ogos lalu.

The post Pengerusi baharu Mara diumum bulan depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pengerusi baharu Mara diumum bulan depan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Pengerusi baharu Mara diumum bulan depan"

Back To Top