Gema Semua Maklumat

29.2 peratus remaja ada masalah kesihatan mental

29.2 peratus remaja ada masalah kesihatan mental

KUALA LUMPUR, 17 Zulkaedah 1438H, Khamis – Kajian yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2015, mendapati prelevan masalah kesihatan mental dalam kalangan orang dewasa berumur 16 tahun ke atas adalah 29.2 peratus.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kajian tersebut melibatkan sebanyak 2,343 buah sekolah terlibat dalam saringan minda sihat melalui Program Minda Sihat Sekolah yang telah bermula sejak tahun 2011.

Katanya, program tersebut merupakan kolaborasi yang dibuat Kementerian Kesihatan bersama Kementerian Pendidikan bagi menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar.

“Peratusan ini merujuk kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan mental dan bukannya penyakit mental,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat, hari ini bagi menjawab soalan Rubiah Wang (BN – Kota Samarahan) yang meminta kementerian menyatakan kolaborasi strategik bagi mengatasi masalah kesihatan mental golongan remaja yang mengakibatkan perilaku ganas seperti buli di sekolah dan pendidikan tinggi.

Hilmi menjelaskan, modul intervensi serta program pencegahan dihasilkan bagi meningkatkan kemahiran gaya daya tindak pelajar apabila berhadapan sesuatu masalah termasuk kejadian buli.

The post 29.2 peratus remaja ada masalah kesihatan mental appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 29.2 peratus remaja ada masalah kesihatan mental
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "29.2 peratus remaja ada masalah kesihatan mental"

Back To Top