SETIU, 17 Zulkaedah 1438H, Khamis – Polis melarang penggunaan dron di semua kawasan penganjuran Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung 19 hingga 31 Ogos depan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, penggunaan dron tanpa kawalan sepanjang Sukan SEA 2017 boleh memberi risiko keselamatan kepada penonton dan peserta.
“Untuk kurangkan risiko, saya nasihatkan peminat supaya tidak membawa dron tanpa kebenaran kerana polis boleh merampas gajet itu.
“Bagaimanapun, organisasi seperti media boleh mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk menggunakan dron tetapi perlu memaklumkannya kepada Unit Udara PDRM,” katanya ketika ditemui selepas lawatan ke tapak penganjuran Sukan Kuda Lasak di Lembah Bidong hari ini.
Difahamkan, hanya individu atau organisasi yang memperoleh kelulusan daripada DCA sahaja boleh menerbangkan pesawat tanpa juruterbang ketika temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu berlangsung.
Katanya, meskipun memperoleh kebenaran daripada pihak DCA, individu atau organisasi terbabit perlu memaklumkan aktiviti itu kepada Unit Udara PDRM, sebelum menerbangkannya.
The post Polis larang guna dron di Sukan SEA 2017 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis larang guna dron di Sukan SEA 2017
0 Komentar untuk "Polis larang guna dron di Sukan SEA 2017"