Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 9 Zulkaedah 1438H, Rabu – Lebih 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menunjukkan satu angka yang sangat membimbangkan, kata Ahli Jawatankuasa Pemuda Isma, Muslim Abdullah Zaik.
Beliau berkata, antara punca mereka tidak mendaftar kerana mereka sudah bosan dan jelek dengan senario politik negara ketika ini.
“Mereka mungkin tidak nampak alternatif yang baik untuk mereka. Hakikatnya, mereka ada kuantiti untuk membuat perubahan dan ramai juga yang punya kualiti. Tetapi memandangkan arus politik sekarang didominasi oleh orang-orang tua, sehinggakan yang dah pencen pun masuk balik, menyebabkan mereka rasa suara mereka tidak akan didengari.
“Adapun begitu Pemuda Isma akan menggalas tanggungjawab untuk bersama-sama generasi muda bagi membawa kesedaran dan perubahan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan media memaklumkan 3,772,149 orang masih belum daftar sebagai pemilih setakat Mac 2017.
Bagaimananapun Muslim berkata, sebagai rakyat Malaysia khususnya generasi muda, mereka perlu merasakan keterlibatan mereka dalam proses demokrasi negara sebagai suatu amanah dan tanggungjawab.
“Mereka yang belum mendftar ini perlulah celik politik, perlu sedar perubahan dalam negara ini hanya boleh berlaku jika mereka terlibat secara langsung dalam proses demokrasi dan bukanlah dengan hanya bersuara di laman sosial dan alam maya.
“Kita tegaskan, mendaftar diri sebagai pemilih merupakan salah satu pembuktian nilai patriotisme dalam diri generasi muda,” katanya.
Mengulas lanjut Muslim berkata, dalam struktur negara demokrasi, setiap pemimpin dan wakil rakyat yang dilantik adalah hasil undian rakyat.
“Maka menjadi kewajiban bagi mereka yang layak mengundi khususnya umat Islam, untuk mendaftar dan mengundi calon muslim yang dapat memperjuangkan agenda Islam dan Perlembagaan di Parlimen
“Kuasa politik adalah kuasa kekuatan, dalam struktur demokrasi ia membabitkan bilangan. Generasi muda harus menyedari kekuatan perubahan yang mereka boleh lakukan dalam membawa kebaikan kepada negara,” katanya.
The post 3.7 juta tak daftar pemilih mungkin sebab jelek dengan senario politik negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 3.7 juta tak daftar pemilih mungkin sebab jelek dengan senario politik negara
0 Komentar untuk "3.7 juta tak daftar pemilih mungkin sebab jelek dengan senario politik negara"