KUALA LUMPUR, 17 Zulkaedah 1438, Khamis – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengalu-alukan serbuan ke atas syarikat anaknya namun tindakan sama patut juga dibuat ke atas perdana menteri dan keluarganya.
Beliau juga turut mencadangkan agar beberapa menteri disiasat dan dikaji gaya hidup mereka.
“Sebahagian daripada menteri seperti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu juga disiasat sumber kekayaan mereka.
“Saya cadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat juga gaya hidup adik beradik mereka. Dan mereka boleh periksa semua akaun saya termasuk SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya.
Terdahulu, firma-firma yang dimiliki oleh ketiga-tiga anak lelaki Mahathir dilaporkan menjadi menjadi tumpuan siasatan oleh LHDN pada Selasa lalu.
The post Tun M alu-alukan siasatan ke atas keluarganya appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tun M alu-alukan siasatan ke atas keluarganya
0 Komentar untuk "Tun M alu-alukan siasatan ke atas keluarganya"