Gema Semua Maklumat

AS mula siasatan jenayah kes 1MDB

AS mula siasatan jenayah kes 1MDB

NEW YORK, 18 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dilapor sudah memulakan siasatan jenayah terhadap penyalahgunaan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bloomberg melaporkan, dokumen mahkamah yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) menunjukkan AS sedang mempergiatkan siasatan di seluruh dunia bagi mengesan wang 1MDB yang diseleweng untuk membeli hartanah mewah dan lukisan serta dilaburkan dalam produksi filem dan banyak lagi.

Susulan itu, pegawai DoJ memohon seorang hakim di sebuah mahkamah di Los Angeles untuk menggantung sementara permohonan sivil merampas aset diperolehi ahli perniagaan kelahiran Malaysia Low Taek Jho, atau Jho Low.

Dalam saman sivilnya, DoJ mendakwa antara 2009 hingga 2015, lebih AS$4.5 bilion milik 1MDB dipindahkan oleh pegawai atasan dana itu dan sekutunya.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan yang didakwa dirompak daripada 1MDB dan dituntut DoJ untuk disita ialah AS$4.5 bilion.

DoJ kali pertama memfailkan saman pada Julai 2016 untuk merampas kira-kira AS$1 bilion (RM4.4 bilion) aset dipercayai dibeli dengan wang diselewengkan daripada 1MDB.

Antaranya ialah karya seni dan hartanah di New York dan Los Angeles. Ia merupakan kes terbesar menerusi Inisiatif Penyitaan Aset Kleptokrasi (KARI) jabatan itu.

The post AS mula siasatan jenayah kes 1MDB appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di AS mula siasatan jenayah kes 1MDB
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "AS mula siasatan jenayah kes 1MDB"

Back To Top