Gema Semua Maklumat

1MDB bayar AS$360 juta kepada IPIC

1MDB bayar AS$360 juta kepada IPIC

BANGI, 18 Zulkaedah 1438H, Jumaat – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengumumkan bahawa syarikat itu telah menyelesaikan pembayaran sebanyak AS$360 juta (RM1.55 bilion) kepada firma Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).

Bayaran itu dibuat sehari sebelum syarikat pelaburan negara itu dijadual membayar AS$310 juta kepada IPIC, sebagai sebahagian penyelesaian dengan syarikat Abu Dhabi itu.

“1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa menurut Pindaan bertarikh 8 Ogos 2017 kepada ke atas Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC).

“Baki daripada tanggungjawab pembayaran asal bertarikh 31 Julai, 2017 kepada IPIC kini adalah mengikut tarikh akhir pada 31 Ogos, 2017,” kata 1MDB dalam satu kenyataan, hari ini.

Selasa lalu, IPIC melanjutkan tempoh sehingga 31 Ogos ini untuk 1MDB dan penjaminnya Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc), untuk menyelesaikan hutang.

Menurut firma pelaburan itu, lanjutan tempoh berkenaan tertakluk kepada MoF Inc dan 1MDB untuk membuat bayaran tidak kurang daripada AS$310 juta (RM1.33 bilion) daripada jumlah keseluruhan yang akan berakhir 12 Ogos ini.

April lalu, 1MDB dan IPIC telah mencapai persetujuan bagi penyelesaian pembayaran secara berperingkat, dengan bayaran pertama sebanyak AS$600 juta (RM2.58 bilion) pada penghujung Julai lalu, dan urus niaga kedua pada 31 Disember tahun ini.

Jumlah yang perlu dibayar oleh 1MDB kepada IPIC adalah sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian, yang akan dibuat daripada hasil pelarasan pelan rasionalisasi 1MDB, dan dana yang sepatutnya diterima bulan lalu ditangguh sehingga Ogos.

The post 1MDB bayar AS$360 juta kepada IPIC appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 1MDB bayar AS$360 juta kepada IPIC
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "1MDB bayar AS$360 juta kepada IPIC"

Back To Top