Gema Semua Maklumat

Bekas CEO FIC direman empat hari

Bekas CEO FIC direman empat hari

PUTRAJAYA, 8 Zulkaedah 1438H, Selasa – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC) direman empat hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di London.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd. Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Suspek tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi tadi dengan berkerusi roda dan berpakaian lokap SPRM berwarna oren sambil tangan bergari.

Suspek difahamkan mengalami masalah sakit tulang belakang dan tidak menyembunyikan wajahnya sepanjang diiringi oleh pegawai SPRM sehingga memasuki bilik mahkamah.

Terdahulu, SPRM memaklumkan, hasil maklumat siasatan awal mendapati FIC dipercayai telah membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.

The post Bekas CEO FIC direman empat hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Bekas CEO FIC direman empat hari
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Bekas CEO FIC direman empat hari"

Back To Top