PUTRAJAYA, 8 Zulkaedah 1438H, Selasa – Semua kenderaan yang memasang cermin gelap perlu mengikut piawaian filem penghadang yang diselaraskan mulai 1 Januari tahun hadapan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penyelarasan itu adalah mengikut piawaian Standard Malaysia iaitu MS2669 yang diiktiraf oleh Puspakom Sdn. Bhd., Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan SIRIM Berhad.
Katanya, bagi tujuan itu, semua pengusaha cermin gelap hendaklah mematuhi penyelarasan tersebut untuk memastikan kepentingan pengguna terus dijaga selain aspek keselamatan.
Beliau berkata, label keselamatan MS QR Code’ yang merupakan alatan untuk menguji keseragaman cermin gelap dan dibangunkan oleh Pertubuhan Penjual Auto Audio Aksesori dan Hawa Dingin Malaysia (AAA) bersama SIRIM akan digunakan oleh JPJ dan semua pengusaha aksesori
“Walau bagaimanapun, penetapan ini belum diwajibkan sebaliknya ia sebagai inisiatif awal kementerian dan pihak penguat kuasa menyeragamkan penggunaan cermin gelap dalam kalangan pengguna.
“Ini juga mekanisme untuk membantu pengguna tidak dikelirukan oleh peniaga atau pengusaha cermin gelap, memandangkan selama ini terdapat peniaga yang tidak mengikut peraturan ditetapkan oleh JPJ,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran mekanisme penyelarasan piawaian filem penghadang haba kenderaan bermotor Malaysia anjuran AAA bersama kementeriannya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Tiong Lai turut meminta semua syarikat jualan kenderaan membantu kerajaan dalam memastikan pemasangan cermin gelap pada kenderaan-kenderaan baharu terutama menjelang tahun depan mengikut MS2669.
The post Kenderaan pasang cermin gelap perlu patuhi piawaian mulai 1 Januari 2018 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kenderaan pasang cermin gelap perlu patuhi piawaian mulai 1 Januari 2018
0 Komentar untuk "Kenderaan pasang cermin gelap perlu patuhi piawaian mulai 1 Januari 2018"