Gema Semua Maklumat

Buli: Pelajar tahun satu dibelasah sampai mati

Buli: Pelajar tahun satu dibelasah sampai mati

KAPIT, 3 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Seorang pelajar tahun satu meninggal dunia di hospital Sibu, semalam selepas dipukul senior di asrama sekolah rendah berkenaan.

Mangsa, Jackson Nuing Awedi katakan telah ditumbuk di bahagian kepala dan disepak di bahagian badan, serta mulutnya ditekup dengan sehelai selimut.

The Star melaporkan mangsa di pukul di sebuah bilik di sekolah pada malam Isnin oleh murid Tahun 6 selepas mangsa didakwa mengejeknya.

Pelajar itu dikatakan telah menumbuk dan menendang mangsa dengan tangan dan kakinya, dan menggunakan selimut untuk menutup mulut mangsa ketika menyerangnya.

Seorang pembantu pentadbir asrama, yang membuat pemeriksaan mengejut di sekolah kira-kira pukul 5.30 pagi pada hari Selasa mendapati Jackson sudah tidak sedarkan diri.

Suspek telah ditahan tetapi dibebaskan dengan jaminan polis kerana akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Dev Kumar mengesahkan kejadian itu.

The post Buli: Pelajar tahun satu dibelasah sampai mati appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Buli: Pelajar tahun satu dibelasah sampai mati
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Buli: Pelajar tahun satu dibelasah sampai mati"

Back To Top