KUALA LUMPUR, 14 Zulkaedah 1438H, Isnin – Masyarakat Cina Muslim di Malaysia tidak memerlukan status sebagai Bumiputera, sebaliknya mahu terus meningkatkan keimanan sebagai seorang Islam, kata Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).
Menurut akhbar berbahasa Cina, Prof Taufiq Yan Yun Hin dilaporkan berkata, status Bumiputera bukan satu keperluan bagi komuniti Muslim Cina.
Katanya, Macma sebagai sebuah NGO mewakili komuniti itu tidak akan menuntut kerajaan Persekutuan memberikan status Bumiputera kepada mereka.
Bagaimanapun, pihaknya terbuka dan menyambut baik sekiranya terdapat keperluan bagi kerajaan untuk berbuat demikian.
“Kami tidak meminta (status Bumiputera). Kita mahu Cina Muslim percaya dengan Islam, dan bukan kerana status Bumiputera,” katanya seperti dilapor akhbar Sin Chew Daily.
Yap berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini yang mengiktiraf komuniti India Muslim sebagai Bumiputera.
Najib sebelum ini berkata, kerajaan akan mengkaji secara mendalam tuntutan komuniti India Muslim yang mahukan status Bumiputera sama ada melalui pentadbiran atau pewartaan.
Ia berikutan tiga tuntutan yang dibuat oleh Presiden Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim) Dhajudeen Shahul Hameed yang mahu komuniti itu diiktiraf sebagai Bumiputera.
The post Cina Muslim tak perlu status Bumiputera: Macma appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Cina Muslim tak perlu status Bumiputera: Macma
0 Komentar untuk "Cina Muslim tak perlu status Bumiputera: Macma"