Gema Semua Maklumat

FIC: Saksi utama pembelian hotel di Sarawak disoal siasat minggu ini

FIC: Saksi utama pembelian hotel di Sarawak disoal siasat minggu ini

KUALA LUMPUR, 14 Zulkaedah 1438H, Isnin – Beberapa saksi utama berkaitan siasatan ke atas pembelian sebuah hotel mewah di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation (FIC) akan disoal siasat minggu ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, proses soal siasat itu akan bermula hari ini hingga akhir minggu ini.

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan mengenai FIC, iaitu pembelian hotel di Sarawak kerana hanya melibatkan dokumen dan saksi di negara ini.

“Beberapa saksi utama akan dipanggil untuk merakamkan kenyataan mereka minggu ini. Kami akan mengemas kini siapa yang akan dipanggil… bermula hari ini dan akan berterusan sehingga hujung minggu ini,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Pembelian hotel bertaraf empat bintang pada 2014 itu, dipercayai dibeli oleh FIC dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga asal.

Siasatan berhubung pembelian hotel tersebut dibuat susulan daripada siasatan SPRM berkaitan dengan pembelian hotel oleh FIC di kota London antara tahun 2013 dan 2015.

Mengulas berhubung siasatan kes pembelian hotel di London, Zulkifli berkata, pihaknya mungkin mengambil sedikit masa untuk melengkapkannya.

Zulkifli menjelaskan, kertas siasatan tidak pernah dibuka semula pada tahun 2014 apabila isu itu dibangkitkan berikutan bukti kes berkenaan lemah.

Bagaimanapun, selepas dilantik sebagai ketua pesuruhjaya, beliau meneliti semula kes berkenaan, dalam masa sama menerima maklumat baru daripada penyiasatan terhadap Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV) membabitkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

The post FIC: Saksi utama pembelian hotel di Sarawak disoal siasat minggu ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di FIC: Saksi utama pembelian hotel di Sarawak disoal siasat minggu ini
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "FIC: Saksi utama pembelian hotel di Sarawak disoal siasat minggu ini"

Back To Top