Gema Semua Maklumat

Dua pegawai Perbadanan Perumahan Sarawak, pengurus syarikat ditahan

Dua pegawai Perbadanan Perumahan Sarawak, pengurus syarikat ditahan

BANGI, 24 Zulkaedah 1438H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai Perbadanan Perumahan dan Pembangunan Sarawak kerana didakwa gagal melaksanakan projek di Miri.

Kedua-dua pegawai berusia antara 39 dan 59 tahun itu adalah seorang jurutera dan juruteknik kanan perbadanan itu.

Turut sama ditahan seorang pengurus syarikat berusia 49 tahun yang ditugaskan mengendali projek yang ditender pada April 2015.

Kesemua suspek ditahan sekitar jam 1.20 petang tadi untuk membantu siasatan berhubung projek yang bernilai lebih RM2 juta.

Difahamkan, tiada sebarang kerja baik pulih dilakukan untuk mengecat semula dan menaik taraf 12 unit flat yang musnah dalam kebakaran, walaupun invois sebanyak RM11,969 telah dikemukakan kepada perbadanan itu.

Sementara itu, Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan berhubung penangkapan tiga individu terbabit

Ketiga-tiga individu terbabit akan direman esok untuk membantu siasatan.

The post Dua pegawai Perbadanan Perumahan Sarawak, pengurus syarikat ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Dua pegawai Perbadanan Perumahan Sarawak, pengurus syarikat ditahan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Dua pegawai Perbadanan Perumahan Sarawak, pengurus syarikat ditahan"

Back To Top