GEORGE TOWN, 19 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Exco kerajaan DAP negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti.
Perintah berkenaan dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Ameera Mastura Khamis kira-kira 12.25 tengah hari tadi.
Turut direman dua beranak iaitu seorang lelaki berusia 70 tahun yang merupakan pemilik kilang berkenaan serta anaknya berusia 37 tahun.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Peguam R.S.N Rayer dan Ramkarpal Singh mewakili exco itu manakala 2 beranak terbabit diwakili peguam Dev Kumaraendran.
Rayer berkata, pihaknya akan cuba untuk memfailkan permohonan untuk mencabar perintah reman 5 hari terhadap anggota exco berkenaan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini.
SPRM semalamm menahan exco berkenaan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang bersama Rayer selepas pejabatnya di tingkat 53, bangunan Komtar.
Lelaki berusia 70 tahun itu pula ditahan pada pukul 6.05 petang manakala anak lelakinya ditahan pada 6.25 petang semalam, juga di pejabat SPRM Pulau Pinang.
The post Exco DAP Pulau Pinang direman lima hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Exco DAP Pulau Pinang direman lima hari
0 Komentar untuk "Exco DAP Pulau Pinang direman lima hari"