TELUK KEMANG, 19 Zulkaedah 1438H, Sabtu – Guru yang aktif di laman sosial termasuk Facebook, dinasihat memikirkan dulu kesan perkongsian mereka bagi mengelakkan kesan negatif kepada pelajar.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setiap guru mesti berfikiran matang dalam setiap perkara yang mereka lakukan.
“Ya, perkongsian pengalaman di laman sosial dilakukan oleh semua orang, bukan guru sahaja. Namun mereka perlu ada pertimbangan yang wajar sebelum berkongsi sesuatu (kerana ia boleh dibaca ramai orang dan tersebar luas).
“Ada sesetengah perkongsian boleh mendatangkan kesan negatif, termasuk memalukan murid itu sendiri,” katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai beberapa perkongsian oleh pemilik akaun Facebook mengenai pengalaman membabitkan guru dan pelajar yang menjadi viral, termasuk kisah seorang murid perempuan Tahun Lima menghantar surat cinta kepada gurunya, baru-baru ini.
The post Guru kena fikir dulu sebelum kongsi di laman sosial appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Guru kena fikir dulu sebelum kongsi di laman sosial
0 Komentar untuk "Guru kena fikir dulu sebelum kongsi di laman sosial"