Gema Semua Maklumat

Forum Sudut Pandang bincang isu status anak luar nikah

Forum Sudut Pandang bincang isu status anak luar nikah

BANGI, 8 Zulkaedah 1438H, Selasa – Forum Sudut Pandang siri kesebelas akan dianjurkan pada 3 Ogos ini dengan kupasan tajuk perbincangan ‘Status Anak Luar Nikah Dinasabkan Kepada Bapa: Selari Atau Bertentangan Dengan Islam ’.

Forum kali ini akan menampilkan Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik (Syarak) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz dan Pengerusi Majlis Ulama Isma (Muis), Dr Aznan Hasan manakala Aktivis Isma, Ibrahim Mohd Hasan sebagai moderator.

Forum anjuran Portal Islam dan Melayu, www.ismaweb.net dan Arus Baru ini akan diadakan di Dewan Seminar Ibu Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia di Bandar Baru Bangi pada jam 8.30 malam.

Bagi mereka yang berminat menghadiri forum ini, sila berdaftar melalui pautan berikut: http://bit.ly/regviewpoints

The post Forum Sudut Pandang bincang isu status anak luar nikah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Forum Sudut Pandang bincang isu status anak luar nikah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Forum Sudut Pandang bincang isu status anak luar nikah"

Back To Top