DOHA, 28 Zulkaedah 1438H, Isnin – Qatar menafikan tuduhan kononnya negara itu melarang pesawat penerbangan haji Arab Saudi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangasa Hamad, lapor agensi berita China Xinhua, memetik agensi berita Qatar (QNA).
Menurut Arab Saudi Airlines semalam, pihak berkuasa Qatar enggan memberikan kebenaran kepada penerbangan haji Arab Saudi mendarat bagi membawa jemaah Qatar ke Mekah.
Sumber rasmi Penerbangan Awam Qatar hari ini berkata, tuduhan yang dilemparkan itu adalah tidak berasas sama sekali.
Penerbangan Awam itu memaklumkan menerima permohonan daripada syarikat penerbangan berkenaan dan permohonan dirujuk ke Kementerian Hal Ehwal Islam selaras dengan amalan sebelum ini.
Kira-kira dua juta umat Islam dari seluruh dunia dijangka berada di Mekah untuk musim haji tahun ini.- Bernama
The post Qatar nafi larang pesawat penerbangan haji Arab Saudi mendarat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Qatar nafi larang pesawat penerbangan haji Arab Saudi mendarat
0 Komentar untuk "Qatar nafi larang pesawat penerbangan haji Arab Saudi mendarat"