Gambar yang menjadi tular di media sosial mengenai ikan naik ke darat.
KOTA TINGGI, 24 Zulkaedah 1438H, Khamis – Ketua Kampung Tanjung Sedili, Ibrahim Yahaya di sini mengakui gambar orang ramai mengutip ikan, yang menjadi tular di media sosial beberapa jam lalu, adalah benar.
Bagaimanapun, beliau berkata, dakwaan mengatakan ikan itu sendiri naik ke darat, yang sekali gus menandakan kononnya akan berlaku bencana seperti tsunami, adalah tidak benar.
Ikan itu, katanya, bukan naik sendiri ke Pantai Telok Mahkota, sebaliknya ia adalah hasil daripada sisa tangkapan nelayan yang memukat di kawasan itu.
“Saya sudah tinggal di sini berpuluh tahun tak pernah jumpa kejadian ikan naik sendiri ke darat. Kejadian ini bukanlah sekali berlaku malah sejak dahulu lagi cuma bezanya dahulu tak ada yang tularkan,” katanya.
Menurut tular berkenaan, kejadian dikatakan berlaku jam 5.30 petang Selasa lalu, apabila beberapa nelayan ke tepi pantai untuk menarik pukat.
Pada mulanya mereka hanya memperoleh sedikit sahaja ikan, tetapi selepas melakukan tarikan kedua dan ketiga, mereka mendapati pukat itu terlalu berat dan terpaksa memanggil penduduk lain membantu.
Mereka terperanjat mendapati terlalu banyak ikan yang diperoleh, malah ketika air surut, banyak ikan terdampar di pantai, dan memanggil penduduk kampung untuk mengutipnya.
Gambar yang menjadi tular di media sosial mengenai ikan naik ke darat di Tanjung Sedili, Johor.
The post Ikan naik sendiri ke darat tidak benar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ikan naik sendiri ke darat tidak benar
0 Komentar untuk "Ikan naik sendiri ke darat tidak benar"