KUALA LUMPUR, 24 Zulkaedah 1438H, Khamis – Polis akan mengambil langkah untuk memperbaiki keadaan lokap di Ayer Molek, Melaka.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya sedang mengkaji isu itu dan akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
“Kami akan mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaan dan pengurusan lokap di sana,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bahawa lokap polis di Ayer Molek wajar ditutup ekoran keadaannya yang menyedihkan dan memberi ancaman kesihatan terhadap tahanan.
Noor Rashid berkata, pihaknya telah menghubungi pihak Suhakam berhubung perkara itu.
Jelasnya, kemudahan di lokap berkenaan sudah lama dan infrastruktur keseluruhan bangunan juga perlu dikaji semula.
“Tetapi, yang lebih penting ialah kita melihat kepada pengurusan serta kelemahannya,” katanya.
The post Polis kaji isu keadaan lokap Ayer Molek appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis kaji isu keadaan lokap Ayer Molek
0 Komentar untuk "Polis kaji isu keadaan lokap Ayer Molek"