Gema Semua Maklumat

Tren Haramain Mekah-Madinah operasi tanpa henti mulai Januari

Tren Haramain Mekah-Madinah operasi tanpa henti mulai Januari

JEDDAH, 22 Zulkaedah 1438H, Selasa – Tren Ekspres Haramain yang menghubungkan laluan dari Mekah ke Madinah akan mula beroperasi buat pertama kalinya pada Januari tahun depan.

Saudi Gazette melaporkan, sebanyak lapan daripada 10 laluan untuk projek berkenaan telah siap sepenuhnya.

“Kesemua laluan akan siap sepenuhnya pada suku pertama 2018 dalam projek yang bermula dengan pembinaan landasan di Stesen Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz,” kata seorang pegawai kepada portal itu.

Sementara itu, Menteri Haji dan Umrah, Muhammad Saleh Bantan berkata, seramai 138,000 petugas telah ditempatkan di pelbagai bahagian pihak berkuasa untuk membantu memberi perkhidmatan kepada jemaah haji tahun ini.

Katanya, lebih 95,000 kakitangan awam lelaki dan wanita telah pun dihantar bagi membantu sejumlah sukarelawan dan kumpulan pengakap lelaki yang bertugas pada musim haji kali ini. – Agensi

The post Tren Haramain Mekah-Madinah operasi tanpa henti mulai Januari appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tren Haramain Mekah-Madinah operasi tanpa henti mulai Januari
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tren Haramain Mekah-Madinah operasi tanpa henti mulai Januari"

Back To Top