Gema Semua Maklumat

Isma Ipoh ucap tahniah kepada Mufti Perak dianugerah Tokoh Ulama Sepanjang Zaman

Isma Ipoh ucap tahniah kepada Mufti Perak dianugerah Tokoh Ulama Sepanjang Zaman

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 10 Zulkaedah 1438H, Khamis – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Ipoh mengucapkan jutaan tahniah kepada Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Ulama Sepanjang Zaman dalam Majlis Perdana Ulama-Umara dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Bersama Perdana Menteri.

Gembira dengan penganugerahan itu, Yang di-Pertuanya, Ustaz Zamri Hashim berkata, sememangnya kerajaan perlu mengambil pandangan para ulama secara serius di dalam menentukan dasar-dasar negara.

“Hakikatnya, konsep kerajaan yang baik hendaklah didasari dengan konsep sebenar syariah.

“Selain itu, kerajaan juga sepatutnya memberi ruang yang lebih kepada NGO Islam untuk memastikan masyarakat dan perjalanan hala tuju negara selaras dengan peruntukan Perlembagaan yang menjadikan Islam sebagai agama negara,” katanya.

Ustaz Zamri yang juga Timbalan Mufti Perak berkata, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ustaz Ismail Mina Ahmad dan Timbalan Presiden Aqsa Syarif, Dr Fauziah Mohd Hassan yang diumumkan Tokoh NGO Lelaki dan Wanita dalam majlis yang sama.

Dalam majlis itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa juga telah diumumkan sebagai Tokoh NGO Belia.

The post Isma Ipoh ucap tahniah kepada Mufti Perak dianugerah Tokoh Ulama Sepanjang Zaman appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Isma Ipoh ucap tahniah kepada Mufti Perak dianugerah Tokoh Ulama Sepanjang Zaman
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Isma Ipoh ucap tahniah kepada Mufti Perak dianugerah Tokoh Ulama Sepanjang Zaman"

Back To Top