IPOH, 9 Zulkaedah 1438H, Rabu – Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung pembuangan kitab suci al-Quran di kawasan pembuangan sampah Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Chepor diminta tampil membuat laporan.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, sepatutnya al-Quran terbabit perlu dilupuskan mengikut prosedur.
“Individu yang melakukan perkara itu tidak menghormati kitab suci tersebut malah tergamak membuangnya di tong sampah.
“Al-Quran perlu dikendalikan dengan baik dan jika mahu dilupuskan, individu tersebut boleh menghantar ke pejabat agama terdekat supaya ia boleh diuruskan dengan sempurna,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berusia lingkungan 60-an menemui dan mengutip sebuah kotak mengandungi beberapa naskhah dipercayai al-Quran yang dibuang di kawasan pembuangan sampah di RPT Chepor, yang tular semalam.
The post Jaipk minta saksi insiden buang al-Quran buat laporan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jaipk minta saksi insiden buang al-Quran buat laporan
0 Komentar untuk "Jaipk minta saksi insiden buang al-Quran buat laporan"