BANGI, 9 Zulkaedah 1438H, Rabu – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meluahkan kekecewaan terhadap tindakan individu yang tidak bertanggungjawab merekod dan membocorkan rakaman video latihan simulasi oleh kakitangan suruhanjaya itu.
Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam satu kenyataan berkata, penyebaran video berdurasi 44 saat itu telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai berhubung tarikh pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Jelas beliau, tarikh 13 Oktober yang disebut oleh pegawai SPR dalam video berkenaan hanyalah tarikh yang dipilih untuk tujuan latihan dan simulasi.
Hashim berkata, sesi latihan di mana video terbabit dirakam adalah taklimat bagi Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus SPR Kelantan untuk PRU14.
Katanya, sesi itu diadakan pada 31 Julai lepas di Kota Bharu, Kelantan.
Jelasnya, sesi taklimat untuk semua petugas PRU14 diadakan di seluruh negara bermula awal tahun ini.
“Oleh itu, SPR berharap tiada pihak yang akan terpengaruh dengan dakwaan itu dan mengatakan bahawa tarikh untuk PRU14 telah ditetapkan,” katanya.
The post Pengerusi SPR kecewa video simulasi petugas tersebar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pengerusi SPR kecewa video simulasi petugas tersebar
0 Komentar untuk "Pengerusi SPR kecewa video simulasi petugas tersebar"