KUANTAN, 21 Zulkaedah 1438H, Isnin – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dinasihat supaya tidak meletakkan status bapa tidak diketahui dalam sijil kelahiran anak-anak tidak sah taraf.
Sebaliknya, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman meminta jabatan itu menggunakan bin atau binti Abdullah, mahupun nama-nama Allah seperti yang dinyatakan dalam al-Quran terhadap anak berkenaan.
“Jangan tulis tidak diketahui, hendaklah sebut Abdullah, Abdul Rahman atau nama Allah lain. Tiada masalah dan dibolehkan kalau tidak mahu gunakan Abdullah dan itu lebih selamat.
“Yang jadi masalahnya bila ayah tidak diketahui,itu tak betul. Sepatutnya tak boleh begitu,” katanya kepada pemberita.
Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan bahawa Pahang kekal mengikut keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung isu nasab anak tidak sah taraf.
Katanya, jika membenarkan anak tidak sah taraf menggunakan nama bapa biologi, ia akan menyebabkan banyak kerosakan seperti masalah zina dalam kalangan anak muda.
The post Jangan tulis status ‘bapa tidak diketahui’ pada sijil lahir anak tak sah taraf appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jangan tulis status ‘bapa tidak diketahui’ pada sijil lahir anak tak sah taraf
0 Komentar untuk "Jangan tulis status ‘bapa tidak diketahui’ pada sijil lahir anak tak sah taraf"