KUALA LUMPUR, 22 Zulkaedah 1438H, Selasa – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan tiada telur dan produk hasilan telur dari Eropah, termasuk yang tercemar dengan bahan kimia fipronil di Belanda, di dalam pasaran di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) di bawah KKM, Malaysia tidak mengimport telur ayam dari Eropah.
“Di samping itu, pihak Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia telah mengesahkan bahawa tiada telur atau hasilan telur terbabit dieksport ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini.
Sebelum ini, beberapa negara termasuk Jerman, Belanda, Belgium, Sweden dan Switzerland telah menarik balik berjuta-juta telur ayam daripada pasaran selepas fipronil dikesan pada produk berkenaan.
Pada masa sama, Hisham berkata KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.
Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
The post KKM sahkan telur di Malaysia tidak tercemar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di KKM sahkan telur di Malaysia tidak tercemar
0 Komentar untuk "KKM sahkan telur di Malaysia tidak tercemar"