BANGI, 22 Zulkaedah 1438H, Selasa – Tujuh lagi individu ditahan didakwa terlibat dalam insiden kekecohan program Nothing to Hide 2.0, di Shah Alam pada Ahad lalu.
Memetik laporan portal The Star, polis menahan kesemua individu berusia antara 20 dan 30 tahun itu semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, penangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah tangkapan berkaitan insiden berkenaan kepada 10 orang.
“Kita akan minta perintah reman untuk penangkapan terbaru ini. Kami percaya mereka mungkin terlibat dalam kekecohan ketika forum itu,” katanya.
Beliau berkata, polis kini sedang mengesan beberapa lagi individu lain untuk membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.
“Kami turut menyiasat aspek rusuhan serta penggunaan suar ketika kekecohan,” katanya.
Ahad lalu, program Nothing To Hide 2.0 yang pada awalnya berlangsung dengan baik terpaksa disuraikan awal ekoran insiden balingan suar, botol air, kasut dan kerusi yang dituju kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Susulan itu, tiga remaja berusia 17 hingga 19 tahun direman selama empat hari sehingga 17 Ogos ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 15 (2) (d) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 153, Seksyen 153 Kanun Keseksaan melakukan provokasi dengan niat menyebabkan rusuhan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
The post Nothing to Hide 2.0: Tujuh lagi individu cetus kekecohan ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Nothing to Hide 2.0: Tujuh lagi individu cetus kekecohan ditahan
0 Komentar untuk "Nothing to Hide 2.0: Tujuh lagi individu cetus kekecohan ditahan"