SHAH ALAM, 7 Zulhijjah 1438H, Selasa – Polis akan memastikan tahap keselamatan di Stadium Shah Alam bagi perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Thailand malam ini berada dalam keadaan terkawal.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, semua pegawai dan anggotnya sentiasa berada dalam situasi siap siaga.
Katanya, setakat jam 5 petang ini tiada keadaan di sekitar stadium masih terkawal dan tiada unsur-unsur provokasi berlaku antara kedua-dua pihak.
“Penyokong diminta untuk menjaga tingkah laku sepanjang berlangsungnya acara final ini. Jika melanggar peraturan yang diberikan, tindakan tegas akan dikenakan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.
Shafien turut mengingatkan pasukan keselamatan supaya telus dalam menjalankan tugas bagi menjaga integriti pasukan.
“Pastikan semua penyokong yang hendak memasuki stadium diperiksa nagi mengelakkan sebarang bahan terlarang seperti senjata tajam dan suar dibawa masuk,” katanya.
Pasukan tuan rumah Malaysia akan bertemu Thailand malam ini bagi merebut pingat emas acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Malaysia mengesahkan tempat di final selepas menundukkan Indonesia 1-0 pada aksi separuh akhir Sabtu lalu, manakala Thailand turut mara setelah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar dalam satu lagi perlawanan.
The post KL2017: Polis pastikan keselamatan di stadium terkawal appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di KL2017: Polis pastikan keselamatan di stadium terkawal
0 Komentar untuk "KL2017: Polis pastikan keselamatan di stadium terkawal"