KUALA LUMPUR, 14 Zulkaedah 1438H, Isnin – Malaysia tekad untuk menjadi peneraju dunia dalam industri halal, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata, Malaysia menyediakan pelan komprehensif dari segi promosi, pelaburan, perdagangan, perundangan dan insentif untuk membangunkan industri halal.
“Ini adalah kebanggaan kita, bagaimana kita berjaya dalam bidang kewangan Islam dengan menjadi nombor satu di dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) di Parlimen, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, kerajaan juga menyediakan satu pelan induk untuk menggerakkan pembangunan ekonomi negara.
Sejajar dengan itu, kerajaan menubuhkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan pensijilan kepada syarikat di negara ini.
Beliau turut menafikan bahawa terdapat kelewatan memperoleh sijil halal daripada Jakim, malah beberapa isu yang memberi kesan kepada peniaga kecil dan sederhana sebelum ini telah diselesaikan.
“Jakim telah mempercepatkan proses pensijilan halal melalui kerjasama dengan majlis agama Islam negeri.
“Agensi-agensi kerajaan seperti SME Corp membantu memberikan bantuan kewangan dalam bentuk geran bagi memudahkan perusahaan kecil mendapatkan konsultasi, menaik taraf dan sebagainya (sebagai proses memperoleh sijil halal),” katanya.
The post Malaysia tekad jadi peneraju industri halal appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Malaysia tekad jadi peneraju industri halal
0 Komentar untuk "Malaysia tekad jadi peneraju industri halal"