Gema Semua Maklumat

Tujuh lantikan politik PKR di Kelantan letak jawatan

Tujuh lantikan politik PKR di Kelantan letak jawatan

KUALA LUMPUR, 14 Zulkaedah 1438H, Isnin – Kesemua tujuh lantikan politik PKR dalam kerajaan negeri Kelantan yang diterajui PAS, meletak jawatan pada 31 Julai lalu.

Ketua Penerangan PKR negeri, Mohammad Azihan Che Seman berkata, keputusan itu dibuat selepas PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan parti itu pada awal Mei lepas.

Ia susulan arahan Biro politik PKR yang bermesyuarat dan memutuskan agar wakil pimpinan partinya di Kelantan meletakkan jawatan mereka serta merta, selaras dengan keputusan PAS yang menamatkan tahaluf siyasi di antara dua parti itu.

“Selepas Majlis Syura PAS memutuskan hubungan dengan PKR, biro politik parti mengarahkan semua anggota pimpinan di Kelantan melepaskan jawatan mereka dengan segera.

“Majlis PKR negeri mengadakan dua mesyuarat khas pada bulan Mei dan Jun, dan bersetuju bahawa ketujuh mereka meletakkan jawatan pada 31 Julai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tujuh pimpinan PKR itu adalah Mohd Khairul Anuar Azhan (Kerteh), Mohd Khairul Amin Abd Rahman (Tumpat), Mohd Syahid Mohd Kamaruddin (Dabong), Zulqarnain Zakaria (Gua Musang), Chu Jok Lan (Machang), Muhammad Arif Mukhtar (Machang) dan Tan Teck Seng (Machang).

The post Tujuh lantikan politik PKR di Kelantan letak jawatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tujuh lantikan politik PKR di Kelantan letak jawatan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tujuh lantikan politik PKR di Kelantan letak jawatan"

Back To Top