Gema Semua Maklumat

SPRM tahan Mejar 4 RAD seleweng tuntutan palsu lebih RM400,000

SPRM tahan Mejar 4 RAD seleweng tuntutan palsu lebih RM400,000

SEREMBAN, 18 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Unit di Rejimen Ke-4 Artileri Diraja (4 RAD) kem di Seremban, disyaki terbabit penyelewengan tuntutan palsu berjumlah RM457,433, tahun lalu.

Pegawai berpangkat Mejar berusia 35 tahun itu ditahan selepas hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Pegawai mejar berkenaan dikatakan bersubahat dengan seorang lagi bekas anggota berpangkat koperal untuk membuat tuntutan elaun perjalanan bagi pihak kira-kira 200 anggota di bawah seliaannya.

“Siasatan mendapati bekas anggota terbabit berperanan menyedia dokumen elaun perjalanan dari rumah ke tempat kerja bagi anggota yang tinggal di luar kem.

“Sedangkan hakikatnya, mereka tidak berada di kem kerana terbabit operasi latihan selama beberapa bulan.

“Dokumen tuntutan palsu itu kemudian diperakui oleh pegawai terbabit dan bayaran tuntutan berjumlah RM457,433.13 dibuat melalui cek tunai menggunakan namanya sendiri,” kata satu sumber.

Pegawai itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

The post SPRM tahan Mejar 4 RAD seleweng tuntutan palsu lebih RM400,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM tahan Mejar 4 RAD seleweng tuntutan palsu lebih RM400,000
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SPRM tahan Mejar 4 RAD seleweng tuntutan palsu lebih RM400,000"

Back To Top