Gema Semua Maklumat

Mereka punca bangsa bangsat di negara sendiri, kata Tun Dr Mahathir

Mereka punca bangsa bangsat di negara sendiri, kata Tun Dr Mahathir

BANGI, 15 Zulkaedah 1438H, Selasa – Anggota kerajaan, termasuk menteri, yang tidak lagi mempunyai rasa malu dan tidak bermaruah, walaupun rakyat memandang hina dan jijik, menyebabkan bangsa menjadi bangsat di negara sendiri.

“Perasaan malu sudah tidak ada lagi di kalangan ramai anggota Kerajaan hari ini. Mereka tak tahu malu walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh mereka, walau apa pun kebiadaban mereka.

“Mereka didapati mencuri tetapi mereka tidak sedikit pun berasa malu. Didakwa mencuri, dibukti mencuri – tak mengapa. Dunia panggil mereka pencuri, perasuah, penyangak – tak apa. Senyum sahaja,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu berkata, disebabkan perbuatan itu, negara dihina dan dilaporkan sebagai antara 10 negara yang tahap rasuahnya paling tinggi.

“Negara dipanggil kleptokrasi, negara yang dipimpin oleh pencuri yang mencuri duit Kerajaan – negara yang tidak lagi demokratik – tak mengapa. Perdana Menteri, isteri, anak, kawan, didakwa selewengkan duit negara – okay.

“Menteri, pegawai tinggi dituduh mencuri duit – tak apa. Tak ada sedikit pun malu walaupun tak dapat bertindak dengan saman malu ke atas yang menuduh. Ugut untuk ambil tindakan undang-undang tetapi tidak buat apa-apa, tak malu,” katanya menulis dalam blog beliau.

Tun Dr Mahathir berkata, pegawai kerajaan yang dinaikkan pangkat atau mendapat jawatan, sedangkan mereka tidak layak, tidak mengikut peraturan dan bercanggah dengan undang-undang, juga tidak berasa malu.

“Menerima duit yang dicuri, apa salahnya? Terima kasih. Cium tangan pemberi durian runtuh. Diketahui mendapat pangkat atau jawatan kerana cekap membodek, sanggup melaksanakan arahan yang salah oleh boss, pun tak malu. Maruah sudah tidak dijunjung lagi. Biarlah dihina, biarlah dipandang rendah, asalkan dapat duit, dapat tempat, dapat pangkat. Pedulikan maruah.

“Masyarakat pandang jijik, menyampah – pedulikan. Sesungguhnya kerana mereka ini, bangsa menjadi bangsat di negara sendiri. Tak lama lagi bangsa bangsat ini kehilangan negara, menjadi penumpang di negara sendiri, anak cucu jadi kuli. Ini pun tak mengapa kerana yang tak tahu malu tidak akan berasa malu menjadi pengemis, kuli di negara sendiri.

The post Mereka punca bangsa bangsat di negara sendiri, kata Tun Dr Mahathir appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Mereka punca bangsa bangsat di negara sendiri, kata Tun Dr Mahathir
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Mereka punca bangsa bangsat di negara sendiri, kata Tun Dr Mahathir"

Back To Top