Gema Semua Maklumat

IPIC beri masa kedua sehingga 12 Ogos kepada 1MDB bayar separuh hutang

IPIC beri masa kedua sehingga 12 Ogos kepada 1MDB bayar separuh hutang

BANGI, 15 Zulkaedah 1438H, Selasa – Firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) melanjutkan tempoh sehingga 31 Ogos ini kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penjaminnya Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc), untuk menyelesaikan hutang.

IPIC dalam kenyataan kepada Bursa Saham London berkata, lanjutan tempoh berkenaan bagaimanapun tertakluk kepada bayaran separuh daripada hutang berkenaan.

“Lanjutan tempoh ini tertakluk kepada MoF Inc dan 1MDB untuk membuat bayaran tidak kurang daripada AS$310 juta (RM1.33 bilion) daripada jumlah keseluruhan yang akan berakhir 12 Ogos ini,” kata IPIC.

IPIC pada 1 Ogos lalu memberi masa sehingga hari ini kepada 1MDB untuk membayar RM2.56 bilion, selepas syarikat pelaburan Malaysia yang dilingkari pelbagai skandal kehilangan wang, gagal membuat bayaran pertama yang berakhir 31 Julai lalu.

Jumlah keseluruhan pinjaman itu ialah RM5.16 bilion dan RM2.58 bilion lagi perlu dibayar hujung tahun ini.

April lalu, 1MDB dan IPIC telah mencapai persetujuan bagi penyelesaian pembayaran secara berperingkat, dengan bayaran pertama sebanyak AS$600 juta (RM2.58 bilion) pada penghujung Julai lalu, dan urus niaga kedua pada 31 Disember tahun ini.

Jumlah yang perlu dibayar oleh 1MDB kepada IPIC adalah sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian, yang akan dibuat daripada hasil pelarasan pelan rasionalisasi 1MDB, dan dana yang sepatutnya diterima bulan lalu ditangguh sehingga Ogos.

The post IPIC beri masa kedua sehingga 12 Ogos kepada 1MDB bayar separuh hutang appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di IPIC beri masa kedua sehingga 12 Ogos kepada 1MDB bayar separuh hutang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "IPIC beri masa kedua sehingga 12 Ogos kepada 1MDB bayar separuh hutang"

Back To Top