Gema Semua Maklumat

NGO Cina syor lantik TPM bukan Melayu, Islam

NGO Cina syor lantik TPM bukan Melayu, Islam

BANGI, 9 Zulkaedah 1438H, Rabu – Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina, mencadangkan kerajaan melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu atau Islam.

Memetik laporan Oriental Daily yang disiarkan Sinar Harian hari ini, Presiden YMM, Chew Sir Boon berkata, cadangan itu bertujuan mengukuhkan kedudukan politik bukan Melayu di negara ini.

Katanya, YMM memberikan sokongan sepenuhnya kepada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk mengemukakan cadangan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya harap cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh kerajaan. Selain itu, hasrat masyarakat Cina juga diharap dapat ditunaikan sedikit masa lagi sekiranya kerajaan boleh melantik datuk bandar ataupun timbalan datuk bandar daripada kalangan orang Cina.

“Cadangan ini dibuat berdasarkan masyarakat Cina, terutama di kawasan majoriti Cina sememangnya memerlukan seorang pemimpin kerajaan tempatan yang fasih bahasa Cina dan memahami kehendak mereka,” katanya.

Menurut Sir Boon yang juga ahli parti anti-Islam, MCA, berkata YMM juga akan memberikan sokongan kepada mana-mana ahlinya yang bertanding pada Pilihan Raua Umum (PRU) akan datang, tanpa mengira parti mana yang disertai.

“Saya harap akan ada ahli-ahli yang terdiri daripada kalangan orang muda diberi peluang menjadi calon PRU14. Tanpa mengira latar belakang parti, YMM sedia memberikan sokongan kepada ahli bagi memastikan kemenangan pada PRU14,” katanya.

The post NGO Cina syor lantik TPM bukan Melayu, Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di NGO Cina syor lantik TPM bukan Melayu, Islam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "NGO Cina syor lantik TPM bukan Melayu, Islam"

Back To Top